Wednesday, September 16, 2009

86.09.15

Harini saya berusia 23 tahun 2 hari. xde hadiah harini. cuma byk wish dari family, rakan 2 schoolmates, college dan rakan pejabat ...

org yg telah btul 2 mencuri hati saya pn ada wish wlaupn status kita hnya rakan .. yes awak liya .. ( I berani tulis psal saya tahu awak x kan baca blog nie .. hehehe .. ) Apa2 pn trima kasih smua kerana mengingati hari lahir saya. Appreciate it :)

erm, not much different like yesterday.
mcm biasa saya di office melayan kerenah kerja yang banyak …

Jadi dalam 23 tahun saya dah mengembang , memanjang dan menegang.
i've learn a lot. i think so …
“We couldnt hope for the sun to live forever, As the night will still come."
and when it is dark, we should prepare dengan our torch-light supaya tak jatuh .. ke dalam gaung, terpijak tahi kucing mahupun melanggar anjing melintas …

Sometimes, saya rasa malas & bosan dengan keje .. but im teaching myself to like it. maksudnya Saya belajar untuk adapt dan survive. Move on . Bersusah-susah dahulu, bersenang2 kemudian.

Kita jangan jadi macam kerbau yang malas, tau makan rumput jer everyday. x teringin ke nak makan sayur kailan atau salad ?

Syukur pada tuhan kerana still bagi saya peluang utk cuba menjadi seorang khalifah yang berjaya di dunia & akhirat …

Happy birthday to me ...

Thursday, September 10, 2009

"M Kuning"

Jam menandakan pkul 4:30 am. Aku sdg mnggunakan 1 hour break yg diberikan dgn menunaikan ibadah sahur di Mcd Seri Kembangan bersama rakan se-pejabat ..

Ternyata ini sebenarnya masalah kecik jer. Namun , perlu kita ambil berat dalam kehidupan seharian selaku seorang pekerja di kedai makan.

1) meja perlu di kemas... sila jangan tunggu sehingga customer kemas meja yang penuh dengan 3, 4, keping tray serta cawan, tisu dan bekas cili.. anda x perlu duk sibuk berbual di belakang menyanyi-nyanyi atau berasmara bersama supervisor.

2) tak perlu mop di bawah kaki ketika customer yg sdg duduk mkan, sehingga menyuruh customer bangun mengangkat kaki. berdiri. atau sebagainya... seperti ada yang salah dengan perlakuan tu. buat aku rasa kurang selesa ketika makan ...

3) sila jangan memandai-mandai keep the change. selagi customer tidak mengeluarkn ayat keep the change. bayangkan sorang customer 10 sen, 100 customer da 10 ringgit. haishh.. nakal x bertempat ....

Walau mcm mna pun ....
Aku hnya mampu ter-senyum sinis melihat gelagat anda tadi. Nak marah da besor panjang ... Lagipun aku x suka marah2 org nie .. So, pandai2 lar korang fikir what is the best for u guys to treat customer...

Harapan aku for the next visit hopefully ada perubahan siket. Anda mampu mengubahnya ... So that aku bley kata I'm Lovin it .. Cheers !


Nota : Time duk mkan sausage mcmuffin nie tiba2 teringat pulak saya kt awak liya. Im, wondering awk tgh makan apa sahur nie... apa2 pn saya ucapkn selamat bersahur kt awak liya dn seluruh umat islam. :)

Wednesday, September 9, 2009

Terima kasih Daun Keladi ...



aku ada satu jenis masalah, tang mana bila aku tidur dan bila no office saja call .....

aku akan angkat dan akan berbual malas tahap lembu tanpa aku sedar ...

dan hari ini masalah menjadi lebih besar apabila, macha kumaran cuba untuk menyuruh aku menggantikan kerja beliau malam ini, dan call aku pagi-pagi buta seawal jam 7 lagi ...

aku dengan keadaan separa sedar dgn slumber bley setuju. phone diletak sepantas kilat..

Setelah fully sedar, dgn pantas aku mencapai phone bertanyakan macha tadi apekah yang menjadi perbualan kita sebentar tadi.
Jahanam ! dah setuju tak boleh cancel dah. shit lah. baru nak cuti berehat. letih betui ..

keje 12 jam lagi lar jawabnya malam nie ... haih, nasib badan.. kene lar keja juga ...

" Kais pagi makan pagi, Kais petang makan petang, Kais malam dpat overtime"

Nasib ada overtime .. Terima kasih tuhan :)

Nota : Gambar di atas menunjukkan di situlah tempat saya mencari rezeki ...

Thursday, September 3, 2009

Tan Sri Dato Dr Babi : " Jangan Salahkan Kaum Kami Dlm H1n1 ... "

Berikut adalah Pesanan Tan Sri Babi kepada Manusia 2 yg Bijak Pandai dalam satu sidang akhbar pagi ini ...

"Saya seru para manusia sekalian, Jangan salahkan babi, atau penternak babi dlm kes H1N1 nie.. Ini bukan salah babi, mahupun Nenek babi. Kami creatures yg hidup seperti kamu juga. Sumtimes batuk, selsema dan demam. Ini semua kehendak Yang Maha Esa. "

Mungkin ada benarnya kenyataan Tan Sri Dato Dr Babi di atas.

Kalau tiada kaum babi sekalipun pun, ia tetap akan terjadi. Masanya dah tiba.

Dunia makin tua dan reput.

Tuhan sedang melakukan apa yang telah dijanjikan oleh-Nya.

Mari kita fikir & renungkan maksud tersirat kenyataan di atas ...

Wednesday, September 2, 2009

Bila Babi sudah Selsema

H1n1 = Selsema babi ...

Mak saya pulak bley called HINI @ hini .. sorry mak if u reading this, tercakap .. : ) tapi mmg ada nmpak mcm hini pun words dier kn kn ..
tgk ank yg baik spt saya akan cover blik .. hehe ..

Ok lar, wut ever it is, So far 70 plus plus da down, mungkin more to come ... Biasanya kes nie menular sekejap jer...Tapi kali ni almost everyday ada yg mati .. Erm, tiba2 byk persoalan timbul di kepala saya ..

Kenapa lar sekarang babi baru nk selsema ?
Bukan nya bru hari ni diorg mkn tahi .. Ber-status haram, ber-kulit berkurap, mahupun ber-colour pink ...Da lama kot pig-pig nie hidup kat bumi kita ..

Persoalannya apakah mungkin ini semua propaganda pihak saintis jewish ? yang mana hari-hari mecipta virus utk melihat dunia hidup sengsara, Dan dgn itu mereka akn mengaut keuntungan jutaan ringgit ... menghasilkan antidotes (penawar) yg dpat mengubati penyakit ini ..

Apakah Mungkin ?

Dulu & Sekarang

Dulu karipap sebiji 20 sen , sekarang dua seringgit ...
Dulu secawan teh tarik 70 sen, sekarang da seringgit ...

Dulu nk tgk citer pkai video tape, sekarang pkai dvd 9 ...
Dulu air panas orang buat utk msak maggi, sekarang orang buat untuk siram orang gaji .

Dulu kalau letupkan meriam buluh satu kampung marah ,
sekarang, orang letupkan wanita monggolia "1 malaysia" takde saper kesah ....
Dulu nama dia Syawal, sekarang da jadi Shasha ...

Erm, Dulu kita manusia, sekarang ????? Lu pikir la sndiri ...

Bina Masjid kerana Keperluan Ibadah atau Bermegah Nama ?





Sedar x sedar da 12 hari kita berpuasa. Kebiasaanya, bila malam ramadhan nie umat islam menunaikan solat tarawih di masjid. Kali ini penduduk di Putrajaya dapat merasai menunaikan ibadah Terawikh di Masjid Besi yang baru saja siap di bina yang terletak di Presint 3, tak jauh dari kawasan tapak bazaar Ramadhan.


Dari segi sudut dan nilai senirekanya, memang diakui ia berkonsepkan seni bina moden kontemporari dengan didokong oleh 6000 tan keluli dan material telus cahaya dimana kos pembinaannya sekitar RM180 juta itu dapat menampung 20,000 jemaah pada satu-satu masa ini bakal menjadi satu lagi mercu tanda dan tarikan pengunjung di Putrajaya.


Namun begitu, aku tertanya, apakah sebenarnya tujuan asal pembinaan masjid ini? Adakah kerana keperluan ibadah dan kemudahan para penduduk setempat, atau sekadar bahan pameran untuk bermegah? Kalau ianya kerana keperluan ibadah dan kemudahan para penduduk setempat terutama di sekitar Putrajaya, Masjid Putra yang telah lama dibina hanya terletak berhampiran (menggunakan satu jalan utama tak sampai 10 minit) dengan Masjid Besi ini boleh dijadikan tempat ibadah.


Bukanlah untuk menafikan tindakan membina masjid ini adalah salah, tapi pada hemat saya, masjid ini sepatutnya dibina di kawasan yang lebih memerlukannya. Sebagai contoh, bagi mereka yang tinggal di sekitar Cyberjaya, mereka terpaksa bersesak menunaikan ibadah sehingga terpaksa berpanas atau menahan air hujan yang membasahi bumi di luar kawasan masjid yg sgt kecil ( saiz surau ) di MMU dan juga yang terbaru di kawasan Bomba Cyberjaya. Setiap kali tiba waktu solat terutamanya solat jemaah Jumaat, penghuni terpaksa menghimpit antara satu sama lain menyebabkan kurang keselesaan atau Khusyuk di kalangan jemaah. Mengapa tak dibina saja masjid yang tersergam indah ini di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk dan jemaah lebih ramai yang hanya bergantung kepada surau-surau atau masjid-masjid yang kecil ?


Hakikatnya, bagi aku pembinaan masjid di atas adalah sekadar nama dengan pembaziran wang yang cukup besar. Namun, apa2 pn hanya allah saja yg maha mengetahui niat di sebalik pembinaan masjid ini. Aku hanya cuba memberi pendapat yg ikhlas.