Wednesday, September 2, 2009

Bina Masjid kerana Keperluan Ibadah atau Bermegah Nama ?





Sedar x sedar da 12 hari kita berpuasa. Kebiasaanya, bila malam ramadhan nie umat islam menunaikan solat tarawih di masjid. Kali ini penduduk di Putrajaya dapat merasai menunaikan ibadah Terawikh di Masjid Besi yang baru saja siap di bina yang terletak di Presint 3, tak jauh dari kawasan tapak bazaar Ramadhan.


Dari segi sudut dan nilai senirekanya, memang diakui ia berkonsepkan seni bina moden kontemporari dengan didokong oleh 6000 tan keluli dan material telus cahaya dimana kos pembinaannya sekitar RM180 juta itu dapat menampung 20,000 jemaah pada satu-satu masa ini bakal menjadi satu lagi mercu tanda dan tarikan pengunjung di Putrajaya.


Namun begitu, aku tertanya, apakah sebenarnya tujuan asal pembinaan masjid ini? Adakah kerana keperluan ibadah dan kemudahan para penduduk setempat, atau sekadar bahan pameran untuk bermegah? Kalau ianya kerana keperluan ibadah dan kemudahan para penduduk setempat terutama di sekitar Putrajaya, Masjid Putra yang telah lama dibina hanya terletak berhampiran (menggunakan satu jalan utama tak sampai 10 minit) dengan Masjid Besi ini boleh dijadikan tempat ibadah.


Bukanlah untuk menafikan tindakan membina masjid ini adalah salah, tapi pada hemat saya, masjid ini sepatutnya dibina di kawasan yang lebih memerlukannya. Sebagai contoh, bagi mereka yang tinggal di sekitar Cyberjaya, mereka terpaksa bersesak menunaikan ibadah sehingga terpaksa berpanas atau menahan air hujan yang membasahi bumi di luar kawasan masjid yg sgt kecil ( saiz surau ) di MMU dan juga yang terbaru di kawasan Bomba Cyberjaya. Setiap kali tiba waktu solat terutamanya solat jemaah Jumaat, penghuni terpaksa menghimpit antara satu sama lain menyebabkan kurang keselesaan atau Khusyuk di kalangan jemaah. Mengapa tak dibina saja masjid yang tersergam indah ini di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk dan jemaah lebih ramai yang hanya bergantung kepada surau-surau atau masjid-masjid yang kecil ?


Hakikatnya, bagi aku pembinaan masjid di atas adalah sekadar nama dengan pembaziran wang yang cukup besar. Namun, apa2 pn hanya allah saja yg maha mengetahui niat di sebalik pembinaan masjid ini. Aku hanya cuba memberi pendapat yg ikhlas.


2 comments:

  1. memang membazir pun..dah salah satu dari tanda qiamat.. masjid nampak gah tapi orang tak ada..
    hi selamat berkenalan..:) cuba visit blog sy, ada juga sempat ambil gambar masjid kt klang, ruang masjid terlalu byak..tapi tempat solat tak la besar sangat.. haih.. apa nak jadi ni..:(

    ReplyDelete
  2. kenapa pula the coolest looser?

    ReplyDelete